Monday, December 15, 2008

Mama kena migraine....



Hari ni mama kena migraine attack, teruk juga. Mama terbaring je sampai pukul 12 baru leh bangun, turun bawah. Alhamdulillah, ada kurang sikit, wlaupun badan rasa tak berapa sedap, seram sejuk macam nak demam. Breakfast tadi ayah beli roti canai, ayah picit kepala mama...pandai ayah jaga mama. Anak-anak mama semuanya baik-baik, tolong mama, aris tolong jaga adik-adik, masak nasi, basuh kain, akim tolong buat milo apis, kemas bilik, anis tolong basuh pinggan, sapu sampah, picit kepala mama. Alhamdulillah, mama bersyukur dan bertuah kerana dianugerahkan suami dan anak-anak yang sangat penyayang, bertanggungjawab dan mengambil berat akan mama. Mama sayang kalian semua.

No comments: